MAKANAN PEMBEKAL TENAGA


Makanan apakah yang dapat membekalkan tenaga? Jom tengok sket

1. Green vegetables


Sayur-sayuran dan buah-buahan menjadi sebahagian daripada makanan yang diperlukan tubuh setiap hari. Buah dan sayuran sangat penting bagi kesihatan kita kerana kedua-duanya adalah makanan dari sumber alam yang kaya dengan nutrien.Warna hijau pada buah dan sayur adalah warna berasal dari klorofil, menandakan kandungan sulfarophane, isothiocyanate dan indoles. Ketiga-tiga zat ini berfungsi untuk merangsang komponen pemecah unsur kimia penyebab kanser.

Kandungan serat, lutein, zeaxanthin, kalsium, folat, vitamin C, vitamin B sperti magnesium dan io, kalsium, dan beta-karoten pada sayur berwarna hijau juga membantu menurunkan tekanan darah dan kadar kolesterol LDL, menormalkan waktu pencernaan, menjaga kesihatan retina pada mata dan penglihatan, melawan radikal bebas berbahaya, hingga meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Banyak buah-buahan dan sayuran yang berwarna hijau yang boleh kita dapatkan. Antaranya sawi,kacang panjang, kacang pis,kacang botol,kangkung, timun batang, epal hijau dll.

2. Whole Cereals




Faedah lain bijirin adalah ia mengurangkan risiko untuk hipertensi dan ia boleh membantu mengawal penyakit ini. Penyakit ini adalah sebagai punca utama berlaku komplikasi kardiovaskular seperti serangan jantung dan strok. Ia adalah satu fakta yang diketahui bahawa makan bijirin untuk sarapan pagi boleh mengurangkan peluang kita untuk membangunkan penyakit jantung sebanyak 29 peratus. Selain itu peluang menjadi obes mahu pun diabetes juga dikurangkan bermakna risiko mendapat penyakit kardiovaskular juga dikurangi.

Makan bijirin setiap hari juga akan memberi manfaat kepada kesihatan kolon anda kerana mereka mempunyai kandungan serat yang tinggi. Ia juga boleh mengelakkan sembelit kerana mereka membenarkan makanan untuk melalui usus dengan lancar lebih mudah dan cepat. Pengamalan makan bijirin juga melindungi terhadap pembentukan batu karang dan yang paling penting sekali, penggunaan kerap bijirin boleh mengurangkan risiko anda untuk kanser kolorektal.

3. Green parsley



Pokok Parsley (Petroselinum crispum) merupakan sejenis pokok herba dwitahunan yang daunnya biasa juga digunakan sebagai rempah.

Khasiat Daun Parsley/pasli Kaya dengan vitamin
Daun parsley kaya dengan vitamin B, C dan E serta zat galian seperti kalsium, magnesium dan klorofil.

Khasiat Daun parsley untuk Rambut
Daun parsley yang diramas dengan air dapat bertindak sebagai tonik bagi menjaga kesihatan rambut. Air ramasan ini juga bertindak melawaskan kencing dan menurunkan tekanan darah.

Khasiat Daun parsley Pulihkan Hipotensi
Air rebusan daripada sayuran yang mengandungi pelbagai zat ini merupakan minuman terbaik untuk pesakit hipotensi iaitu penyakit tekanan darah rendah yang berpunca daripada anemia, kekurangan saraf akibat diabetes, paras gula rendah dalam darah, tiriod yang tidak aktif atau kekurangan zat makanan.

Parsley/ juga dapat meredakan penyakit sengal-sengal tulang, membantu pencernaan makanan dan menguatkan semula otot-otot rahim selepas melahirkan anak.

Khasiat Daun Parsley dikatakan mampu bersihkan buah pinggang.
Bertahun telah berlalu, buah pinggang kita telah sekian lama menapis darah dengan membuang garam, racun dan mana-mana tidak dikehendaki memasuki badan kita. Seiring dengan masa, garam dan racun merbahaya ini berkumpul dan amat perlu kita bersihkan buah pinggang kita.

Bagaimana kita nak bersihkan buah pinggang?
Ia amat mudah, terlebih dahulu ambil sedikit Parsley dan basuh ia dengan air bersih (disyorkan basuh dengan Mineral Water).

Kemudian potong daun Parsley tadi dalam kepingan kecil kemudian letakkan ia ke dalam sebuah periuk dan tuang air bersih dan masak ia selama 10 minit dan biarkan ia sejuk.

Kemudian tuangkan airnya ke dalam botol/gelas dan simpan di peti sejuk. Amalkan minum satu gelas sehari dan anda akan dapati perbezaan ketara dimana segala garam, racun akan keluar dari buah pinggang anda melalui air kencing. Juga anda akan dapat merasai perbezaan yang anda belum pernah dirasakan. Daun Parsley telah diketahui sebagai satu kaedah rawatan pembersihan yang terbaik untuk buah pinggang kita dan ia adalah semula jadi!

Tahukah anda apa itu daun Parsley?
Daun parsli adalah daun yang digunakan untuk membuat sup.

Pokok Daun Parsley juga dikenali dengan nama Pasli.Daun parsley juga biasanya digunakan untuk masakan Itali.

4. Fruits





Disebalik rasanya yang enak, buah-buahan sebenarnya mengandungi khasiat yang tinggi untuk kesihatan. Ia diperkaya dengan zat galian yang mempunyai nilai perubatan dan mampu mengubati pelbagai jenis penyakit.

Buah-buahan juga ada banyak manfaat lain seperti:

- Sumber gula semula jadi sebagai tenaga segera

- Sumber terbaik vitamin dan garam galian

- Kaya dengan bahan antioksidan untuk melawan tindakan radikal bebas

- Mudah dimakan dan dihadam

- Kandungan seratnya menjadi bahan pelawas

- Mengandungi banyak air; membantu memenuhi keperluan air harian

- Membuat kita berasa kenyang lebih lama

Oleh kerana manfaatnya banyak, buah-buahan sepatutnya mendapat tempat lebih baik dalam pemakanan harian kita, bukan sekadar pencuci mulut.

Bila waktu terbaik untuk makan buah? Ada yang berpendapat ia perlu diambil sebelum makan supaya penyerapan khasiat lebih berkesan. Adakah pendapat ini benar? Menurut Ketua Perunding Pemakanan Pusat Perubatan Sunway, Teng Yu Yuet, tidak kira dimakan dulu atau kemudian, khasiat buah tetap sama.

Pun begitu, bukan semua orang boleh makan buah sesuka hati. Bagi pesakit kencing manis, pengambilan buah-buahan mesti dalam kuantiti yang dibenarkan bagi mengelak masalah kawalan paras gula dalam darah.

5. Seeds




Kebanyakan bijian seperti dari bunga matahari dan biji labu kaya dengan protein dan mineral serta nutrisi yang amat penting dalam membekalkan tenaga kepada tubuh badan kita.Selain dari itu ia juga membekalkan magnesium dan ion.Sebagai contoh biji labu jugadikatakan ‘ superfood’ kerana khasiatnya baik untuk kesihatan badan. Sering masuk kedalam diet harian, selain dapat memelihara hormon, ia juga boleh mencegah batu karang buah pinggang, mengurangkan gejala arthritis dan risiko osteoporosis, menurunkan kadar kolesterol LDL dan melindungi folikel rambut serta kesihatan mata. Biji labu ini juga boleh menjadi rawatan semulajadi yang sangat berkesan bagi menghapuskan cacing pita yang terdapat di dalam usus.
Khasiat biji labu juga memberi manfaat kepada wanita menopaus. Mengambil 2gram sehari selama 12 minggu telah menunjukkan peningkatan yang ketara dalam kepekatan kolesterol lipoprotein dan pengurangan dalam tekanan darah diastolik. Ia juga membantu melegakan gejala menopaus dengan pengurangan ‘hot flashes’, sakit kepala dan sakit sendi. Kandungan L-trytophan yang terdapat di dalam biji labu sering dicadangkan membantu merawat kemurungan.

6. Nuts



Terdapat pelbagai jenis kacang yang boleh anda beli di pasaran. Ia bukan saja dapat memberi rasa enak dalam makanan malah mempunyai banyak khasiat yang boleh dimanfaatkan.Kacang adalah biji dan buah yang tidak boleh dipisahkan. Biji benih datang daripada buah dan boleh dikeluarkan daripada buah. Contohnya badam, gajus dan walnut yang perlu dikeluarkan daripada buahnya.
Mana-mana isi rong yang berminyak dan besar ditemui dalam kulit dan digunakan dalam makanan boleh dikira sebagai kacang.Oleh kerana kacang secara umumnya mempunyai kandungan minyak yang tinggi, ia merupakan makanan yang menjadi sumber tenaga.Sejumlah besar kacang boleh dimakan dan digunakan dalam masakan, dimakan mentah, dipanggang sebagai makanan ringan atau diperah untuk mendapatkan minyak yang digunakan dalam masakan dan alat solek.

Beberapa jenis kacang dan kelebihannya.


Kacang badam

Nama saintifiknya prunus dulcis berasal dari Asia Barat dan Asia Selatan merupakan bijian daripada buah drup.Ia mengandungi (lapisan luar iaitu buah, tempurung atau cengkerang yang melindungi bijinya (kacang badam). Cengkerang yang melindungi biji badam harus dipecahkan untuk mendapatkan kacang badam.

Badam boleh dimakan mentah atau dipanggang. Ia juga satu komponen bahan untuk aneka hidangan. Badam boleh didapati dalam banyak bentuk, seperti sebiji penuh, dihiris, dan sebagai mentega badam, susu badam dan minyak badam.

Badam manis mengandungi lebih kurang 26 peratus karbohidrat (12 peratus serat pemakanan, 6.3 peratus gula, 0.7 peratus kanji dan karbohidrat).Badam kaya sumber vitamin E iaitu mengandungi 26 miligram (mg) setiap 100 gram (g). Ia juga kaya dalam serat pemakanan, vitamin-vitamin B, mineral-mineral penting dan lemak tidak tepu) yang mana berpotensi untuk mengurangkan kolesterol tidak baik (LDL) .

Badam juga mengandungi phytosterols yang dikaitkan mampu merendahkan kolestrol.

Kacang pistasio


Dikenali sebagai sejenis kacang untuk masakan, tidak dikira sebagai sejenis kacang dari segi biologi.
Pistasio adalah biji-biji yang dibalut dalam buah yang keras, yang tidak terbuka secukupnya untuk melepaskan biji-biji tersebut mengandungi lutein dan zeaxanthin iaitu dua jenis karotinoid yang membantu melambatkan penuaan.

Kacang walnut


Merupakan tumbuhan dalam keluarga Juglandaceae dan merupakan bijian dari buah drup yang boleh dimakan. Isinya yang keras dibuang ketika penuaian.Perkataan walnut berasal dari bahasa Inggeris lama wealhhnutu, bermaksud 'kacang asing', wealhbermaksud 'asing'.Nama Latin untuk walnut adalah nux Gallica. Kacang walnut mengandungi asid lemak omega-3 yang dapat membantu melindungi jantung dan memelihara kesihatan otak.Pada tahun 2010, satu laporan dalam the Journal of the American College of Nutrition mengatakan kacang walnut boleh melegakan stres (tekanan).
Berbanding dengan kacang-kacang lain seperti badam, kacang tanah dan kacang hazel, walnut (terutama sekali dalam bentuk mentah) anti oksida yang tinggi yang mampu mengawal penyakit barah.


7. Fruit smoothies and shakes

Kombinasi bijak jus buah-buahan dan susu sentiasa membekalkan tenaga kepada si pengamalnya. Gabungan vitamin dan kalsium akan meningkatkan kesegaran dan membantu megurangkan keletihan sepanjang hari berkerja.

1. Smoothies mengenyangkan kerana tambahan yogurt, susu, telur atau madu dan sesuai di ambil sebagai menu sarapan pagi.

2. Memberikan tenaga dan menstabilkan gula di dalam darah. Kandungan fiber/serat di alam buah dapat menyeimbangkan jumlah gula dan kalori di dalam tubuh. Sehingga perlahan diserap tubuh dan membekalkan tenaga selama dalam masa yang cukup lama.

3. Membantu mengurangkan berat badan jika dibandingkan dengan jus buah biasa dan membuatkan anda tidak akan mudah lapar.

4. Memberikan nutrisi sehat. Campuran madu, yogurt, susu atau telur melengkapi nutrisi buah yang kaya akan aneka vitamin. Ia melengkapkan lagi nutrisi sarapan anda
5. Melancarkan pencernaan. Kandungan fiber/serat dalam smoothies membantu memperlancar pencernaan, sehingga Anda dapat lebih rutin melakukan buang air besar tanpa kesulitan.

8. Green tea


Siapa suka minum green tea? Texture yang halus berbentuk serbuk dan dibancuh dengan cara tradisi membuatkan teh hijau lebih rasa sedap dan kaya dengan vitamin A, B1, B12,C, E , K dan mineral seperti kalsium dan zat besi.

Antara kebaikan yang kita boleh dapat dalam teh hijau

  • Penuh dengan antioksida - dimana boleh menolong mengurangkan lemak2 atau kolestrol dalam badan
  • Menjaga tekanan darah 
  • Merawat batuk
  • Menguatkan sistem kekebalan tubuh melawan penyakit
  • Kaya dengan EGC (Epigallocatechin) dan GC (Gallocatechin) iaitu antioksida yang kuat serta dapat menolong mencegah dan menghancurkan sel2 kanser
  • Mencegah penyakit Kardiovaskular (penyakit jantung dan penyumbat arteri)
  • Menghilangkan stress dan menolong mengendurkan saraf
  • Boleh mencegah penyakit Demensia dan Amnesia
  • Meredakan gangguan seperti tidak boleh tidur dan gelisah
  • Kulit menjadi cantik, bersinat, rambut sehat, muda, bintik2 dan sebagainya
  • Baik untuk mengubati dan mencegah Osteoporosis (penyakit tulang) dari kereputan dan patah. 

Teh hijau juga mempunyai kalsium dan jika sesiapa tidak minum susu kerana rasanya maka bolehlah menggantikan dengan minuman teh hijau.Teh hijau bagus untuk pesakit KANSER kerana mempunyai antioksida yang kuat.


9. Honey




Fungsi Madu Dan Peranannya.

  • Meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan
  • Dapat meningkatkan hemoglobin dan dapat mencegah dari serangan anemia.
  • Bila dicampurkan sedikit cuka ia dapat merawat arthirik sendi
  • Kegunaan madu secara luaran juga dapat mempercepatkan lagi proses penyembuhan.
  • Dapat meningkatkan pengeluaran gastrointestinal untuk merawat ulcer.
  • Sumber laxative yang natural dan lembut
  • Sumber utama vitamin dan mineral yang kaya.
  • Sumber tenaga yang hebat dan semulajadi tidak seperti gula pasir yang memudaratkan


NOTE: Madu asli mengandungi enzim-enzim hidup yang amat diperlukan manusia untuk meningkatkan fungsi tubuh badan ke tahap optima. Seperti mana kandungan-kandungan yang dihasilkan lebah iaitu madu, royal jelly, bee pollen, propolis terdapat bahan-bahan hebat yang tidak dapat dikenal pasti. Lebih menarik lagi, bahan-bahan ini tidak boleh ditiru atau dihasilkan secara sintetik oleh makmal. Ini bermakna madu tidak boleh dihasilkan oleh makmal secara olahan kimia. Madu hanya boleh didapati pada sarang lebah itu sendiri


KHASIAT MADU ASLI YANG TELAH TERBUKTI


A) MENGEMBIRAKAN KEKUATAN TUBUH


1. Memulih, menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
2. Memulihkan sel-sel urat besar.
3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
4. Merangsang tenaga batin.


B) MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH.


1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif.
4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.

10. Coffee



Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegembaran Nabi kita selain susu dan madu.Nescaffe je yang setakat ni ada kesan negative bagi pengamalnya. Tu pun disebabkan ianya diproses menggunakan resepi orang-orang bukan islam. kopi lain kan banyak. Lagi banyak khasiatnya. Kopi kampung pun best. Tak payahla kita nak sibukkan diri nak minum starbuck. Kopi isteri kita buat, kopi mak kita buat. Bukan kah diadun dan dibancuh dari tangan-tangan yang sepastinya kita tahu sumbernya. Dahlah tak mahal, Cuma dapatkan serbuk kopi ngan gula je dari kedai.

Kopi selama ini dianggap sebagai minuman untuk menambah tenaga dan menyegarkan orang mengantuk. Benarkah kopi sehebat itu? Kandungan utama kopi ialah kafein, ianya berfungsi sebagai perangsang susunan saraf otak, sistem pernafasan serta sistem pembuluh darah dan jantung. Sebab itu tidak hairanlah setiap pengambilan kopi dalam jumlah wajar, tubuh kita akan menjadi segar, daya pemikiran lebih cepat dan tidak mudah mengantuk. Kandungan kafein dalam 200 gram kopi mencecah 135 mg, berbanding teh yang hanya sekitar 35 mg. Kafein sering kali juga dijadikan salah satu bahan pelengkap pada ubat sakit kepala. Ini kerana, kafein mempunyai kemampuan menyempitkan pembuluh darah ke otak (vasokonstriksi) sehingga pelebaran pembuluh darah di daerah otak yang merupakan penyebab kepada sakit kepala.

Selain itu, kafein juga dapat mengurangkan lemak. Secara fisiologi, tubuh orang yang mengalami kegemukan kurang mampu membakar lemak ketika bersenam berbanding orang bertubuh normal. Akibatnya, tubuh akan membakar karbohidrat sebagai sumber tenaga, sehingga kadar gula darah menurun. Ini adalah penyebab mengapa orang gemuk merasa lapar kembali selepas bersenam dan akhirnya cenderung makan lebih banyak. Kafein membantu memecah lemak menjadi sumber tenaga segera. Tetapi awas! Pastikan kandungan gula didalam kopi tidak terlalu banyak.