Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Bloggers Semua. Jom kita pakat niat puasa untuk esok.
Malam nie dah mula start solat terawih, Tapi hari ini tak dapat nak join. Disebabkan keadaan diri ini kurang sihat. So mama tak bagi pergi. Karang ada lak yang pengsan, tak sampai 5 rakaat. Alhamdulillah di panjangkan umur dan bertemu lagi Ramadhan kali ini. Tak sabar pulak nak puasa!! Sebelum tidur malam nie apa kata niat puasa terus untuk sebulan, nak baca tiap-tiap hari pun boleh, tapi kadang-kadang takut tak terjaga sahur terlupa pulak nak niat!! Lagi bagus niat sebelum tidur kan.. Hehe..
Lafaz niat puasa Ramadhan untuk sebulan:
Lafaz niat: “Nawaitu souma syahri ramadhana kullihi lillahi taala.”
Niat: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan seluruhnya kerana Allah Taala
Lafaz niat puasa Ramadhan harian (setiap hari):
Lafaz niat: “Nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa”
Niat: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala
Waktu berniat
Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, iaitu masuk waktu solat fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Bermakna, niat puasa boleh dilakukan pada mana-mana bahagian dalam waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.
Adik-adik jangan gigih sangat bermain mercun, jangan sampai puasa baru sehari dah ada kes putus jari. Semoga Ramadhan kali ni memberi seribu satu kenikmatan dan amal ibadat lebih baik dari Ramadhan yang lalu. InsyaAllah!
Adik-adik jangan gigih sangat bermain mercun, jangan sampai puasa baru sehari dah ada kes putus jari. Semoga Ramadhan kali ni memberi seribu satu kenikmatan dan amal ibadat lebih baik dari Ramadhan yang lalu. InsyaAllah!



