~Reflection of life~
Aku duduk, aku perhatikan, kau dan kawan-kawan kau.. Gembira berseronok.. Naifnya.. Kau cakap, temanlah benda paling penting sekali berbanding cinta.. Aku berkata naifnya.. Kau cakap, kawan-kawanlah yang akan mengiringi aku ke kubur.. Aku fikir sungguh naifnya.. Jika kau tahu yang teman-teman kamu itulah yang akan membawamu ke kubur, ye benar.. Tetapi mereka jugalah yang membawamu ke jalan yang paling gelap.. Sedihnya, sukakah engkau merasa panasnya api? Aku berkata, bersama temanlah kau bersuka, bersama temanlah kau membuat dosa. Kau berbincang,mengutuk mengata. Kau pinggirkan Ibu Bapa yang risaukan engkau jauh di sana.. Kau tak pikir ada seseorang yang risau memikirkan hidup dan mati diri kau. Kau tidak tahu berapa ramai orang berdoa kau kembali kepadanya.. Kau tunduk, Kau ikut tlunjuk nafsu, kau terdorong dengan bisikan syaitan dan kau pikir ye.. Sahabatkulah yang paling benar. Naifnya.. Dikala senja menghampiri sedarkah anda yang akan berada di sisi bukanlah teman tetapi isteri/suami, adakah anak-anak akan kembali jika kau tidak peduli mereka kini? Sedih.. Aku sedih memikirkan nasib seorang insan yang hidup berpandukan telunjuk nafsu. Sedarkah kau di saat kau menghembuskan nafas terkahir, kau melangkah ke dalam alam barzakh pahala kau menjaga anak dan isterilah membantu kau. Bukan sahabat-sahabat kau itu! Yea, bila kau sendirian mereka di sisi mereka merelakan segala yang kau mahu, mereka turuti. Kau pijak mereka.. kau tak hargai.. Suatu hari kau akan kembali kau akan mencari. Insan-insan yang ikhlas menanti. Menyayangi, merindui dan mentaati..


