~Flash Back~
Hellow Peeps...
Memandangkan Hari ini merupakan Teacher’s day dikesempatan ini aku ingin mengucapkan Happy Teachers Day kepada semua guru-guru di Tadika Kemas, SK Langkawi,& SMK Mahsuri.Tak lupa juga buat para pensyarah MCS College –Office Administration (DOA) yang pernah mengajar dan membimbing aku untuk menjadi manusia berguna.
Masih ingat lagikah kau dengan nostalgia zaman sekolah.Aku??Sudah hampir 6 tahun aku meninggalkan bangku sekolah namun terasa seperti baru semalam aku melangkah keluar dari kawasan sekolah untuk selama-lamanya.Semakin hari kita semakin dewasa.Paling pilu setiap kali habis semester pastinya akan ada perpisahan.Paling sadis bila kita mula busy dengan kehidupan baru sehingga terpaksa meninggalkan kenangan-kenangan lama kita dibelakang.
Betapa aku merindui suasana perhimpunan pada setiap hari.Bunyi deringan loceng sewaktu rehat dan sewaktu pulang.Ketika kelas Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) aku dan rakan berpakat menggunakan baju PJ sekolah daripada membawa baju sekolah.Tetapi tidak pernah ditangkap oleh pengawas kerana pengawas juga 2x15 sama dengan pelajar biasa.
Belum lagi ragam didalam kelas.Matapelajaran yang menjadi kebencian tahap gaban ialah matematik.Setiap kali Chekgu Cina perasan hensem masuk ke kelas masing-masing mula buat muka toya.Maklumlah kelas tercorot.Jujur aku bukan pandai seperti kelas 5 STT 1 yang sering dibangga-bangga oleh para pengetua dan disayangi oleh semua guru.Kelas 5 Geo 1 merupakan kelas Geografi yang seringkali menimbulkan masalah kepada cikgu sehingga ada cikgu yang merajuk dan selama seminggu Tuan Pengetua yang mengajar kami.Hahaha.Memang perangai macam Setan sahaja lagaknya.Bila disuruh jawab soalan masing-masing membisu seperti ada emas didalam mulut.
Masa kelas Kesusasteraan Melayu pula adalah menjadi masalah kepada aku untuk memahami prosa-prosa tradisional.Mulalah muka berkerut-kerut kerana ingin menghayati sajak dan cerpen yang dioleh ke dalam bahasa melayu tradisional.Hiperbola.Sinkof.Metafora.Anafora.Ah.Sering dihafal dan menjadi soalan pilihan untuk bahagian esei.Aku benci subjek ini.
Bohonglah kalau kau tak pernah ponteng.Aku semakin naik tingkatan semakin menjadi-jadi perangai hantu.Keluar masuk Bilik Kaunseling dan kes paling teruk pernah aku buat masa zaman sekolah escape kelas Prinsip Akaun.Duduk belakang kelas mula-mula.Tido sampai 5 minit cikgu bukak buku kami sudah lari masuk kelas sebelah belajar ekonomi asas.Sebenarnya dua-dua subjek itu amat membosankan.Kemudian pastinya akan ada agenda lawatan ke tandas beramai-ramai.Sudah bunyi loceng menandakan waktu pertama mata pelajaran tamat masuk waktu kedua baru balik semula ke kelas setelah puas bergossip dengan member member kelas sebelah.Tandas sekolah memang menjadi port kami sebab tandas sekolah tempat aku belajar itu wangi dan seringkali dicuci oleh kakak cleaner.Memang boleh duduk melepaklah kat lantai.
Sebelum keluar dari kawasan sekolah semestinya kita akan mendapat testimonial hasil daripada sepanjang 5 tahun kita bersekolah betul.Dan semestinya rekod disiplin aku bersih daripada cacat cela.Rekod aku bersih derr.Kau ada.Testimoni aku A+ semuanya.Sudah.Sudah.Memuji diri sendiri pula.Sebelum aku mengorak langkah meninggalkan sekolah semasa mengambil keputusan peperiksaan SPM terimbas kembali wajah wajah guru dan rakan-rakan.Ada yang gembira dan tak kurang juga yang berduka.Aku.Hanya sebagai pemerhati.Kini segala kenangan dan nostalgia diambang persekolahan kembali berputar seperti video cam yang memainkan semula filem-filem tersebut.
Walau apapun yang terjadi aku ingin mengucapkan Terima kasih,Cikgu!.Pesananmu akan sentiasa tersemat sebagai pembakar semangat untuk aku terus menjadi insan yang berguna.
Ps: Wah, formal betul entri kali ni..hehe..


