Aku juga ingin B A H A G I A ^__^


Aku ingin terus menari walau jiwa raga telah tersungkur berdarah-darah.Aku ingin terus tersenyum walau hati tersayat-sayat, akal terkoyak.Aku ingin terus bersyukur walau khiamat sudah di depan mata.Kerana aku punya Allah.Kerana aku punya keyakinan akan kasih sayangNya, barakahNya. Betapa pun dunia bermuram durja, aku ingin terus bahagia. Aku pun ingin menebarkannya.Untuk mereka yang kucinta. Ya Rabb, bantu aku untuk bahagia. Menertawakan dunia yang hanya sekejap mata.Hingga ku sedar bahawa kebahagiaan sejati telah di depan mata. Saat kaki menapaki syurga…

“Barangsiapa menjadikan akhirat sebagai tujuan hidupnya, maka Allah akan menjadikan kekayaan di dalam hatinya, mengumpulkan dunia baginya, dan dunia datang kepadanya dengan menunduk. Barangsiapa menjadikan dunia sebagai tujuan hidupnya, maka Allah akan menjadikan kemiskinan dalam hatinya, menghancurkan dunianya, dan dunia tidak akan datang kepadanya, kecuali apa yang telah ditentukan untuknya.”

(Hadis Riwayat. Tirmidzi)