SMS AND MMS YG AKU RECEIVE TD..


time 2,3 hari sebelum raya,masa nih line Celcom tengah weng tahap cipan, nasib baik aku guna Maxis. LOL. Banyak gak aku terima SMS raya ni. Dorang hendak bermaaf-maafan la tuh. Post ni aku senaraikan beberapa SMS/MMS yang masuk dalam ‘inbox’ mobile Nokia murah aku..


Anak Pak Mamat di cucuk duri,
di cucuk oleh anak Pak Jali,
puasa penuh Raya Aidilfitri,
kalu tak penuh rayalah Depavali

dari shima
SMOKED SALMON PEMBUKA SELERA
SALAM DITERIMA SELAMAT HARI RAYA
PECUCI MULUT KUIH APAM
BERSAMA KITA BEMAAFAN

from cik anna
Deepa oli paravathum!
Inbam yendrum pongathum!
Selvam yendrum peregathum!
Amaithi yendrum nilaikathum!
AIDIL FITRI SiRÄKÄTHÜM; AIDIL FITRI NAL VALTEKAL…

from my fren deppa, can anyone translate this for me?
Buaya bukan sebarang buaya,
buaya di bela dlm paya,
salam ceria di hari raya,
SMS murah dari kad raya….

from Fawaz and Rosli Botak
Cantik sungguh bunga seroja,
duduk di bawah bulan bercahaya,
di Bangkok atau di msia sama sahaja,
semoga bahagia di hari raya

from Lina
Membeli belah di pasaraya,
sambil mengorat anak Pak Ali,
kalau posa Selamat Hari Raya,
tak posa sambutlah Deepavali…

my cousin Wanny
Bangkok dah pagi raya
Malaysia baru Deepavali
Tuan hamba mudik chao praya
Jangan lupa kembali

from Azlan
Lesung besi,
lesung batu,
engkau takde nanti,
nasi ayam orang sapu
from one of my best friends Stingray who is trying to be cheeky
Ramadhan berlalu, semoga bertemu kembali;
Muslimin menyambut kemenangan di Aidilfitri
SMS dihantar mengganti diri;
salah & silap harap dimaafi.
from Dian
;)
Ampun dan maaf apa yg terkhilaf:
Mohon halalkan apa yg termakan.
Semoga dlm menjalani sirah :
kita kembali kpd FITRAH.

from NANA
Raya dinanti-nanti,
anak bulan dicari-cari,
nak tunggu ape lagi,
dah sampai masa kite nak ber-happy-happy

from Big Zak
Membeli – belah di pasar raya,
sambil mengorat Anak Pak Ali.
kalau puasa, Selamat Hari Raya
kalau tak puasa selamat Hari Depavali
Another Pak Ali Deepavali variation from Yaz
Roti sebuku petai sepapan,
Daun ketupat daun palas,
SMS pengganti kad ucapan,
Tanda ingatan tulus ikhlas.

from my cousin Ijat
Ada kalanya mata salah melihat,
mulut terlanjur bicara,
hati berprasangka,
janji terabai, Maaf zahir dipinta..

from various ppl
Ada ketikanya MATA silap memandang,
TELINGA salah mendengar, LIDAH t’lanjur berkata,
FIKIRAN khilaf menafsir & HATI silap menduga.
Mohon maaf atas segalanya.

from KROL
Ada mata pandanglah keindahan,
Ada mulut berbudilah pertuturan,
Ada hati berilah kesayangan,
Ada salah silap silalah maafkan.

MY SAYANG
;)
Salam Aidilfitri,
Eid Mubarakh,
Ku Susun Jari,
Meminta Maaf.

from Jo Penn
Burung punai mati d tembak.
ikan bakulan bermain ombak.
memang brunei teropong rusak
melihat anak bulan inda p
andai nampak
from AMIEN
and last but not least
Pä$äNg PèLITa DiAidiLfiTri…
NäMpäK HäLäMäN BèSéRi-Sèri…,
sMs diBéri PèNgäNti DiRi,
SèGäLä SiLäp MòHoN dMääFi…

from mimie